TANJUNG MALIM – Kerajaan Perak menggariskan tiga keutamaan yang perlu diberikan perhatian dalam merancang pembangunan negeri, iaitu perancangan mendahului pembangunan, kecekapan penyampaian serta memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati rakyat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketiga-tiga perkara itu perlu menjadi asas kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi perancang bagi memastikan pembangunan negeri berlangsung secara seimbang. -MGPerak





