IPOH – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi jalan raya di Perak diadakan bagi memastikan keselamatan serta kebersihan jalan raya serta mengurangkan risiko kerosakan infrastruktur susulan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan tindakan pencegahan dapat dilaksanakan lebih awal, khususnya ketika negeri ini berdepan risiko hujan lebat, ribut petir, banjir dan kejadian tanah runtuh sepanjang musim tengkujuh. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





