CSR JKR, konsesi perkukuh kesiapsiagaan hadapi MTL di Perak

IPOH – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi jalan raya di Perak diadakan bagi memastikan keselamatan serta kebersihan jalan raya serta mengurangkan risiko kerosakan infrastruktur susulan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan tindakan pencegahan dapat dilaksanakan lebih awal, khususnya ketika negeri ini berdepan risiko hujan lebat, ribut petir, banjir dan kejadian tanah runtuh sepanjang musim tengkujuh.

Menurutnya, JKR turut melaksanakan kerja-kerja pemulihan cerun yang telah runtuh serta memberikan perhatian kepada kawasan cerun yang berpotensi mengalami kejadian sama.

“Jadi tujuan kita buat CSR ini bagi kita gembleng tenaga bukan hanya daripada JKR, tapi daripada syarikat konsesi, supaya usaha-usaha yang kecil kita buat ini dapat meredakan suasana yang akan menjadi berat kalau sekiranya tidak ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program CSR bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut di FT001 Jalan Ipoh – Tanjung Malim, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya (KKR), Datin Dr Rafidah Dahari dan Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Ir Farrid Jamaludin.

CSR JKR, konsesi perkukuh kesiapsiagaan hadapi MTL di Perak
Exco Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan Program CSR Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut di FT001 Jalan Ipoh – Tanjung Malim, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2026.

Mohammad Nizar berkata, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan kepada JKR Negeri Perak bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih cerun yang mengalami kerosakan serta kawasan yang dikenal pasti berisiko runtuh.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan jalan raya tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada JKR dan syarikat konsesi, sebaliknya memerlukan disiplin serta kerjasama seluruh masyarakat.

“Kita hendakkan supaya budaya dan disiplin membersihkan jalan ini bukan hanya terletak kepada JKR dan konsesi, tapi keseluruhan rakyat kena disiplin untuk bagi jalan-jalan ini bersih, tak ada buang sampah, tak ada banjir.

“Tadi dalam ucapan, saya beritahu supaya kita perlu disiplin jangan benarkan air bertakung atas jalan lebih seminggu, kerana akan melemahkan turapan dan permukaan jalan.

Katanya, usaha memastikan jalan raya sentiasa berada dalam keadaan baik perlu dijadikan budaya bersama supaya pengguna dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

Sehubungan itu, Mohammad Nizar berharap pendekatan CSR berkenaan dapat diteruskan di setiap daerah di Perak dengan penglibatan JKR, syarikat konsesi dan masyarakat setempat bagi mengurangkan risiko kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MTL: Perak kenal pasti 50 cerun berisiko, tingkat pemantauan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI