288 mangsa banjir Hilir Perak masih berlindung di dua PPS

IPOH – Seramai 288 orang mangsa banjir masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Hilir Perak, setakat pagi Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi kenyataan berkata, kesemua mereka terdiri daripada 83 keluarga, dengan 20 mangsa daripada lima keluarga di tempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

Katanya, kesemua mereka dari kawasan yang terjejas banjir iaitu Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 11 ½ Jalan Bidor, Kampung Batu 8 Changkat Jong serta Batu 7 ½ Jalan Changkat Jong (Felcra).

“Sebuah lagi PPS iaitu di Dewan Rumah Rehat MPTI pula memberi perlindungan kepada 268 mangsa yang terdiri daripada 78 keluarga dari tujuh kawasan penempatan yang terjejas banjir.

“Kawasan berkenaan adalah, Kampung Batu 6 Changkat Jong, Kampung Batu 7 Changkat Jong, Kampung Batu 7 ½ Jalan Changkat Jong (Felcra), Kampung Batu 8 Changkat Jong, Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 10, Changkat Jong dan Ladang Selabak Batu 4,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan tiada amaran hujan berterusan di seluruh negeri dengan daerah Hilir Perak dijangka mengalami cuaca baik sepanjang hari.

Menurutnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula merekodkan paras air di dua sungai di Perak melepasi bacaan normal iaitu di Sungai Kurau dan Sungai Kinta.

“Paras air di stesen Sungai Kurau di di Kolam Air Bukit Merah di Kerian merekodkan bacaan amaran iaitu 9.14 meter, sementara bacaan paras air di stesen Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang, Kampar berada pada tahap waspada dengan bacaan 22.09 meter,” katanya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Banjir Hilir Perak semakin pulih, 90 keluarga masih berlindung di dua PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI