Trend penurunan mangsa banjir berterusan di Hilir Perak

TELUK INTAN – Mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak terus merekodkan penurunan setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi satu kenyataan berkata, seramai 265 mangsa melibatkan 75 keluarga masih berlindung PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan PPS Dewan MPTI Langkap berbanding 288 mangsa daripada 83 keluarga bagi tempoh sama semalam.

Menurutnya, seramai 246 orang daripada 70 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) manakala PPS Dewan MPTI Langkap pula masih menempatkan seramai 19 mangsa melibatkan empat keluarga.

“Kedua-dua PPS itu menempatkan mangsa banjir melibatkan penduduk di Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 11½ Jalan Bidor, Kampung Batu 8 Changkat Jong Felcra, Kampung Batu 7½ Jalan Changkat Jong, Kampung Batu 10 Changkat Jong dan Ladang Moccis,” katanya hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam kenyataan memaklumkan paras air Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah mencatatkan bacaan amaran iaitu 9.07 meter. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

288 mangsa banjir Hilir Perak masih berlindung di dua PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI