Pemandu kereta maut rempuh treler parkir di bahu jalan

TAPAH – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah treler yang diparkir di bahu jalan di Kilometer 55, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, awal pagi Jumaat.

Mangsa berusia 30 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah Temoh menghala ke Tapah dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh salah satu tayar sebelah kanan treler berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan jalan raya itu daripada orang awam kira-kira jam 1.40 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler berkenaan berada dalam keadaan parkir di bahu jalan tidak berurap di sebelah kiri laluan menghala ke Tapah.

kemalangan maut di Tapah 2. Keyphrase synonyms - kemalangan jalan raya Tapah - pemandu Myvi maut - nahas kereta rempuh treler - kemalangan Jalan Ipoh-Kuala Lumpur 3. Related keyphrases 1. kemalangan maut Perak 2. kereta rempuh treler di Tapah 3. pemandu Perodua Myvi maut 4. Jalan Ipoh-Kuala Lumpur 5. polis daerah Tapah
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan sebuah kereta yang merempuh treler yang sedang diparkir di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Tapah. Foto PDRM

“Pemandu treler berusia 39 tahun tidak berada di lokasi kejadian ketika kemalangan berlaku kerana kenderaan berat itu diparkir berhampiran tempat kerjanya.

“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan, manakala treler berkenaan mengalami kerosakan pada tayar penggerak utama sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Abdul Malik berkata, mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa ke Hospital Tapah menggunakan ambulans yang tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, ujar beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad selepas kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan bertugas.

Abdul Malik berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-401 1222.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkamain menerusi talian 017-325 6140,” ujarnya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Wanita maut, kenderaan rempuh lori sedang mengundur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI