UEC: Syarat minimum mohon ke program perubatan IPTS kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengekalkan syarat minimum kemasukan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program pengajian perubatan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Jurucakap Kerajaan Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet hari ini memboleh pelajar yang memenuhi syarat minimum gred B4 dalam lima mata pelajaran yang telah ditetapkan kekal layak untuk memohon kemasukan terus ke program itu.

“Bagi kelancaran proses, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Perubatan Malaysia akan menyelaras tindakan susulan bersama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan semua berjalan dengan baik bagi menyelesaikan apa-apa isu yang berbangkit.

“Pada masa sama terus memastikan standard dan kualiti pendidikan perubatan negara termasuk di IPTS kekal terpelihara,” katanya yang juga Menteri Komunikasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di kementeriannya di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI