MGPerak: KKM Bantu JPA Sedia Kepakaran Usaha Tangani Kesihatan Mental Penjawat Awam

93

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyumbang kepakaran teknikal serta khidmat sokongan pakar bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha membangunkan Garis Panduan Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam dan Indeks Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM sebagai peneraju dalam bidang kesihatan negara memang bertanggungjawab khususnya kesihatan mental yang pastinya menjadi antara keutamaan.

Menurutnya, sokongan itu akan diberikan menerusi pakar KKM, khususnya dalam aspek kesihatan mental dan pengendalian isu berkaitan kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini