MGPerak: Bekas Jurutera, Ahmad Zailani Tumpu Kegilaan ‘Menghidupkan’ Barangan Elektrik Lama

54

Ketika kebanyakan pesara menjadikan alam perasaraan sebagai tempoh untuk berehat, Ahmad Zailani Darwis, 59, mengambil langkah berbeza dengan meneroka peluang perniagaan menerusi minat yang sudah sebati dengan diri iaitu membaiki barangan elektrik.

Bidang elektrikal dan elektronik diteroka ketika menjawat pelbagai jawatan termasuk sebagai jurutera dan perunding jurutera di beberapa syarikat, di samping pernah melanjutkan pengajian dalam bidang sama di London pada tahun 1987.

Bersandarkan pengalaman dalam bidang itu, pesara, Ahmad Zailani kini mengusahakan perkhidmatan membaiki barangan elektrik, termasuk peralatan lama seperti kipas, radio, televisyen, dan jam antik di sebuah kedai kecil di Pasar Besar Ipoh. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #baikibaranganelektrik #PasarBesarIpoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini