Warga emas maut selepas motosikal bergesel dengan kereta

KAMPAR – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di kilometer (km) 41.1 Jalan Ipoh – Teluk Intan, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.40 tengah hari, sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu oleh seorang wanita berusia 47 tahun sedang bergerak menghala ke Teluk Intan.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 78 tahun telah mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum bergesel dengan kereta terbabit.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah terjatuh di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar bagi tujuan bedah siasat. Kedua-dua kenderaan turut ditahan bagi pemeriksaan teknikal,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi bebas dan mendapatkan rakaman kamera papan pemuka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Irwan Mohd Muslim di talian 013-8325648.

“Atau maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya lagi. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI