MGPerak: Muka Sauk Tersumbat Punca Gangguan Bekalan Air Tiga Mukim Di Hilir Perak

72

IPOH – Masalah gangguan bekalan air yang berulang di Mukim Changkat Jong, Sungai Manik serta Labu Kubong di Daerah Hilir Perak disebabkaan muka sauk (intake) LRA Bukit Temoh yang kerap tersumbat.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hujan berterusan menyebabkan paras sungai meningkat secara mendadak serta aliran air menjadi deras.

Menurut beliau, keadaan tersebut mengakibatkan kemasukan air mentah ke loji berkurangan kerana muka sauk tersumbat oleh sampah sarap semula jadi seperti kayu dan daun-daun yang dibawa oleh arus sungai. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 #SidangDUNPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini