IPOH – Mangsa kemalangan yang terselamat dalam nahas di Jalan Perpaduan berhampiran Taman Perpaduan Ria di Tambun pagi tadi masih belum dimaklumkan mengenai pemergian kakak dan adik bongsunya itu.
Kakak sulung mangsa, Nurul Aeina Ibrahim, 28, berkata, berita sedih itu belum dimaklumkan kepada Norhayati Qaliesha, 12, memandangkan adiknya itu berada dalam keadaan kritikal.
Pada masa sama, dia berkata, doktor turut memaklumkan bahawa adik perempuannya itu perlu menjalani pembedahan di bahagian rahang dan hati. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





