Empat maut termasuk bayi perempuan nahas tiga kenderaan di JRTB

GERIK – Seorang bayi perempuan antara empat yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) arah Kelantan ke Gerik, di sini hari ini.

Tiga mangsa lain terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dewasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Rais Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan dua buah kereta.

“Empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tragedi ke sekolah: Dua beradik maut, seorang parah motosikal bertembung kereta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI