Tragedi ke sekolah: Dua beradik maut, seorang parah motosikal bertembung kereta

IPOH – Dua beradik perempuan maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Perpaduan, berhampiran Taman Perpaduan Ria, Tambun, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Elyana Nasuha Ibrahim, 19, dipercayai dalam perjalanan menghantar dua adiknya, Suhaila Ibrahim, 10, dan Norhayati Qaliesha Ibrahim, 12, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Dermawan.

Bagaimanapun, Elyana yang juga seorang pekerja swasta dan Suhaila maut dalam kemalangan itu, manakala Norhayati mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu daripada orang awam sekitar jam 7.40 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dengan motosikal jenis Yamaha EZ 115 ditunggang seorang perempuan bersama dua pembonceng kanak-kanak.

“Kejadian berlaku ketika motosikal berkenaan datang dari jalan utama, iaitu Jalan Perpaduan, menghala ke arah Bercham.

“Pada masa sama, Proton Saga yang datang dari simpang di sebelah kiri dipercayai hendak memasuki jalan utama sebelum berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal, kereta di Tambun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI