MGPerak: Ibu Tunggal Tuntut Keadilan, Dakwa Dua Anak Lelaki Jadi Mangsa Buli, Pukul Di Sekolah

124

Seorang ibu tunggal menuntut keadilan selepas dua anak lelakinya didakwa menjadi mangsa serangan dan buli dalam dua kejadian berasingan di sebuah sekolah menengah agama di Chemor, di sini.

Noor Azwani Ahmad, 43, mendakwa anak sulungnya yang berusia 18 tahun ditampar sebanyak enam kali oleh seorang guru ketika hendak menduduki peperiksaan pada 21 Julai lalu sehingga mengalami kecederaan pada rahang.

Dalam kejadian berasingan, dia mendakwa anak keduanya berusia 17 tahun turut menjadi mangsa buli di asrama sekolah yang sama pada jam 11 malam, 5 Ogos lalu. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #pelajarsekolahdibuli #kespembulian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini