MGPerak: Belanjawan 2027 Cuti Bersalin 98 Hari Beri Ruang Ibu, Depani Cabaran Populasi Menua

89

IPOH – Peningkatan tempoh cuti bersalin yang diumumkan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 mampu memberi ruang kepada ibu untuk pulih selepas melahirkan anak, selain menambah baik soal menguruskan penjagaan bayi.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, tempoh cuti yang lebih panjang juga dapat membantu khususnya golongan ibu muda menyesuaikan diri dengan tanggungjawab menjaga anak.

Menurutnya, langkah itu juga berpotensi memberi galakan kepada pasangan untuk menambah ahli keluarga ketika negara terutama negeri Perak, berdepan cabaran populasi menua. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini