Kesiapsiagaan bencana perlu jadi budaya berterusan – TPM

IPOH – Kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu dijadikan budaya berterusan bagi memastikan keselamatan rakyat dipertingkatkan di samping dapat mengurangkan risiko kerugian harta benda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persediaan menghadapi bencana perlu diterapkan dalam cara kerja agensi berkaitan serta kehidupan seharian masyarakat, dan ia bukan sekadar tindakan bermusim.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan tindakan pencegahan, penyelarasan bantuan dan usaha pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan khususnya selepas bencana.

Kesiapsiagaan bencana Keyphrase synonyms: Persediaan menghadapi bencana, budaya kesiapsiagaan bencana, keselamatan ketika bencana, pengurusan risiko bencana Related keyphrases (5): Ahmad Zahid Hamidi Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 Kerugian akibat bencana 2025 Pengurusan bencana Malaysia Statistik kerugian bencana DOSM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 OKTOBER 2026.

“Jangan tunggu bencana untuk belajar bersedia, jangan tunggu kehilangan (harta benda atau nyawa akibat bencana) untuk kita memulakan tindakan bersama.

“Kita mesti mengurangkan risiko sebelum musibah, melindungi rakyat ketika bencana dan membantu mereka untuk bangkit terus selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini, pada Ahad.

Program bertemakan Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta Ketua Pengarah NADMA, Datuk Meor Ismail Meor Akim.

Kesiapsiagaan bencana Keyphrase synonyms: Persediaan menghadapi bencana, budaya kesiapsiagaan bencana, keselamatan ketika bencana, pengurusan risiko bencana Related keyphrases (5): Ahmad Zahid Hamidi Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 Kerugian akibat bencana 2025 Pengurusan bencana Malaysia Statistik kerugian bencana DOSM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika gimik pelancaran buku Strategi Pengurangan Risiko Bencana Negeri Sabah pada Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 OKTOBER 2026.

Ahmad Zahid berkata, komunikasi dan penyelarasan yang tepat penting bagi memastikan tindakan menghadapi bencana dapat dilaksanakan secara berkesan.

Jelas beliau, penyelarasan tindakan antara agensi perlu diberi perhatian supaya rakyat mengetahui langkah yang perlu diambil, komuniti memahami cara untuk membantu manakala agensi berkaitan dapat bertindak tanpa berlengah.

Kesiapsiagaan bencana Keyphrase synonyms: Persediaan menghadapi bencana, budaya kesiapsiagaan bencana, keselamatan ketika bencana, pengurusan risiko bencana Related keyphrases (5): Ahmad Zahid Hamidi Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 Kerugian akibat bencana 2025 Pengurusan bencana Malaysia Statistik kerugian bencana DOSM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika gimik penyerahan khemah NADMA Malaysia pada Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 OKTOBER 2026.

“Kesiapsiagaan mesti melindungi dua nilai penting iaitu nilai kehidupan dan nilai ekonomi. Kita mahu menyelamatkan nyawa, di samping melindungi kediaman, mata pencarian dan hasil usaha rakyat.

“Di sinilah letaknya kepentingan Bulan Kesiapsiagaan Nasional dalam membina keupayaan untuk melindungi kedua-duanya sebelum sebarang musibah melanda,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan kerugian akibat bencana sebanyak RM636.9 juta pada tahun 2025, termasuk RM380.2 juta melibatkan aset awam dan infrastruktur.

“Walaupun jumlah kerugian itu menurun berbanding RM933.4 juta pada tahun sebelumnya, impak bencana tetap dirasai mangsa yang kehilangan kediaman, terputus sumber pendapatan dan terpaksa membina semula kehidupan mereka,” ujar beliau. – MG PERAK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI