MGPerak: Kesiapsiagaan Bencana Perlu Jadi Budaya Berterusan

46

IPOH – Kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu dijadikan budaya berterusan bagi memastikan keselamatan rakyat dipertingkatkan di samping dapat mengurangkan risiko kerugian harta benda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persediaan menghadapi bencana perlu diterapkan dalam cara kerja agensi berkaitan serta kehidupan seharian masyarakat, dan ia bukan sekadar tindakan bermusim.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan tindakan pencegahan, penyelarasan bantuan dan usaha pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan khususnya selepas bencana. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini