IPOH – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) komited memperkukuh ekosistem eksport Perak bagi meningkatkan daya saing perusahaan tempatan dan akses pasaran antarabangsa.
Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026 Perak menyumbang sebanyak RM12.29 bilion bersamaan 0.5 peratus ke atas jumlah perdagangan negara meningkat 7.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, bagi jumlah perdagangan negara manakala negeri ini kekal di kedudukan kesembilan dengan nilai eksport RM4.44 bilion, menyumbang 0.3 peratus kepada eksport negara bagi tempoh yang sama. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





