MGPerak: Perak Sambut Baik Belanjawan 2027, Tujuh Projek Keutamaan Diluluskan

93

Kerajaan Negeri Perak menyambut baik Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tujuh daripada 10 projek keutamaan yang dikemukakan diluluskan untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), sekali gus menyokong agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara projek yang diluluskan termasuk pembangunan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik di Hospital Raja Permaisuri Bainun pembinaan kemudahan pendidikan baharu di Sitiawan dan Chemor, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Sepetang serta pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Proton City. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #Saaranimohamad #peraksejahtera2030 #Belanjawan2027

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini