Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Perak Society For The Promotion Of Mental Health (PSPMH), di sini pada Jumaat.
Baginda tiba di Royal Perak Golf Club (RPGC) sekitar jam 8.15 malam dengan disambut isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Pengerusi PSPMH, Nasir Ismail. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #RajaPermaisuriPerak #TuankuZaraSalim





