Orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Hisyam Zailan, 49, sementara mengunggu Grab untuk ke Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad selepas menerima tempahan mengurut tradisional daripada pelanggan di Flat Ashby, Kepayang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2026.
Hampir dua dekad menelusuri dunia urutan, pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Hisyam Zailan, 49, dan Norliza Othman, 43, terus setia mengangkat kemahiran urutan tradisional Melayu sebagai sumber rezeki.
Perjalanan mereka bermula selepas mengikuti kursus urutan pada 2007, sebelum merantau mencari peluang di Pulau Pinang dan Kedah dalam memperkukuh kepakaran yang kini menjadi sandaran utama pasangan ini.
Sejak menetap di Flat Ashby, Kepayang, Ipoh pada 2019, Ipoh menjadi lokasi mereka meneruskan kehidupan dengan bekerja di Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad, Ipoh.
Dengan pendapatan bersih sekitar RM40 seorang pelanggan, mereka membuktikan bahawa kecekalan dan kemahiran mampu menjadi nadi kelangsungan hidup, walau berdepan cabaran masa.
Orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Hisyam Zailan, 49, menerima panggilan telefon pelanggannya untuk tempahan mengurut tradisional di Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2026.Pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Hisyam Zailan, 49, dan Norliza Othman, 43, berjalan bersama di Flat Ashby, Kepayang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2026.Orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Hisyam Zailan, 49, mengurut tradisional pelanggannya di Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2026.Orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Norliza Othman, 43, menerima tempahan mengurut tradisional daripada pelanggan di Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2026.Pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Hisyam Zailan, 49, dan Norliza Othman, 43, bersama melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk dan mengemas di kediaman mereka Flat Ashby, Kepayang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2026.