Industri perhotelan bimbang terjejas susulan kenaikan SST

IPOH – Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) bimbang industri perhotelan akan terjejas susulan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus berkuat kuasa Mac tahun depan.

Presidennya, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, kenaikan itu secara tidak langsung memberi kesan jangka masa panjang kepada pemain industri terutamanya dari segi peningkatan kos operasi dan harga bilik.

“Hari ini saya telah mendapat pengesahan bahawa cukai SST akan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2024.

“Mungkin berita ini gembira untuk pihak kerajaan, tetapi berita yang amat sedih untuk pemain serta pengusaha industri kerana untuk jangka masa panjang, kos operasi dan kos harga bilik akan meningkat.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Hotel Lobi Bersih Cantik dan Kreatif anjuran MyBHA Negeri Perak, di Hotel M Roof, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2023.

“Jadi, saya rasa kita tidak boleh membiarkan kos operasi naik tetapi dengan hanya membuat keuntungan yang rendah dan tidak dapat memberi kualiti perkhidmatan yang cukup baik kepada pelanggan.

“Sehubungan itu, kita perlu bersatu dalam memastikan penjualan harga bilik dan keuntungan yang diperoleh mampu untuk memastikan kelestarian industri perhotelan terus kekal relevan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum petang dan penyampaian hadiah Pertandingan Hotel Lobi Bersih, Cantik dan Kreatif anjuran MyBHA Perak di Hotel M Roof pada Rabu.

Dalam pertandingan itu, hotel Rivertel Teluk Intan berjaya memenangi Juara 1 serta membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta sijil penghargaan dan sijil penyertaan.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada Juara 1 Lobi Hotel Bersih, Cantik dan Kreatif, Rivertel Teluk Intan anjuran MyBHA Negeri Perak, di Hotel M Roof, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2023.

Hadir sama, Pengerusi MyBHA Perak, Zamari Muhyi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Terdahulu, pada pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bercadang menaik­kan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus menerusi Perluasan Asas Fiskal di bawah Komitmen Reformasi Fiskal.

Ganesh juga meminta kerajaan mendengar keluhan peng­usaha hotel supaya menaik­kan nilai ambang cukai perkhidmatan untuk industri perhotelan kepada RM1.5 juta.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketiadaan penguatkuasaan terhadap inap desa dan penginapan kediaman jangka masa pendek (STRA) turut memberi kesan kepada pengusaha hotel di negara ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Perak: Hotel Casuarina@Meru perkenal Set Talam makanan tradisi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI