Tahun Melawat Perak: Hotel Casuarina@Meru perkenal Set Talam makanan tradisi

IPOH – Selain nilai sejarah dan budaya, Perak sememangnya terkenal dengan keunikan serta kepelbagaian makanan tradisional mengikut daerah masing-masing.

Justeru, Hotel Casuarina@Meru memperkenalkan ‘Set Talam’ yang menggabungkan pelbagai hidangan tradisional di negeri ni bersempena dengan Tahun Melawat Perak yang bakal disambut pada tahun hadapan.

Pengurus Besarnya, Sabrina Ahmad Tah berkata, ia sebagai usaha memberi pengalaman dan peluang kepada pelanggan untuk merasai makanan yang sering menjadi tarikan apabila berkunjung ke Perak.

Pengurus Besar Hotel Casuarina@Meru, Sabrina Ahmad pada sidang media majlis pelancaran Promosi Makanan Tradisi Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2023.

Katanya, promosi juadah yang bermula sejak September lalu itu mendapat sambutan yang menggalakkan baik dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar.

“Sambutan terhadap Set Talam ini sangat menggalakkan terutama dari pelanggan tempatan yang datang berkunjung ke restoran kami sejak kempen ini bermula.

“Malah, pelancong-pelancong dari China yang hadir bersama agensi pelancongan juga turut mengemari makanan-makanan tradisi negeri yang disajikan di sini. Antara yang mendapat tumpuan adalah Rendang Tok dan Ikan Patin Masak Tempoyak,” katanya.

tahun melawat perak hotel casuarina meru makanan tradisi perak tradisional perak rendang tok makanan perak meru ipoh meru raya set talam casuarina tahun melawat perak hotel casuarina meru makanan tradisi perak tradisional perak rendang tok makanan perak meru ipoh meru raya set talam casuarina
Sajian masakan untuk Promosi Makanan Tradisi Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Promosi Makanan Tradisi Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru, dekat sini, pada Jumaat.

Ia dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Hidangan Set Talam melalui Promosi Makanan Tradisi Perak itu berharga RM60 dan sesuai dihidangkan untuk dua orang.

Antara makanan yang akan disajikan adalah Sambal Tempoyak Pucuk Ubi dan Ikan Bilis, Ikan Loma Pekasam, Sambal Petai Sotong, Kari Ikan Sembilang, Daging Masak Hitam,Kulat Sisir Bersama Pucuk Paku Goreng, Rendang Pedas Daging, dan sebagainya.

Sajian masakan ikan patin masak tempoyak untuk Promosi Makanan Tradisi Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2023.
Sajian masakan rendang tok untuk Promosi Makanan Tradisi Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2023.

Selain itu, kuih-muih tradisional Perak juga turut dihidangkan sebagai pemanis mulut antaranya, Kuih Limas, Kuih Cecemek, Bubur Anak Lebah, Puteri Mandi dan pelbagai lagi.

Tambah Sabrina, Set Talam itu akan diadakan sehingga penghujung tahun hadapan dengan menunya akan bertukar setiap bulan mengikut setiap daerah di Perak.

tahun melawat perak hotel casuarina meru makanan tradisi perak tradisional perak rendang tok makanan perak meru ipoh meru raya set talam casuarina tahun melawat perak hotel casuarina meru makanan tradisi perak tradisional perak rendang tok makanan perak meru ipoh meru raya set talam casuarina
Para tetamu menikmati sajian masakan yang dihidangkan di atas talam pada majlis pelancaran Promosi Makanan Tradisi Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2023.

Ujarnya lagi, menu istimewa itu turut akan diperluaskan ke rangkaian Hotel Casuarina di Kuala Kangsar dan Pulau Pangkor selepas ini.

“Kempen atau promosi ini diharap dapat membantu pertumbuhan industri pelancongan Perak serta mampu menarik minat pengunjung tempatan dan antarabangsa.

“Keistimewaan warisan kulinari Perak berpotensi meningkatkan pengalaman para pengunjung ke negeri ini seterusnya memartabatkan lagi warisan dan budaya makanan tradisional Negeri Perak,” katanya lagi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

3H diperkenalkan MBI, rancakkan Tahun Melawat Perak 2024

MGPerak: Wow! Makanan Tradisi Perak Dah Ada Di Hotel Casuarina! Moh Kite..

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI