Program ‘Meniti Usia Emas‘ perkasa kesedaran penuaan sihat dalam kalangan wanita

IPOH – Kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam kalangan warga emas perlu terus diperkasa bagi memastikan golongan itu dapat menikmati kehidupan yang sihat, aktif dan berkualiti seiring peningkatan usia.

Atas kesedaran itu, Wanita IKRAM Perak menganjurkan Program Meniti Usia Emas: Penuaan Sihat, Hidup Berkualiti yang berlangsung di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini, baru-baru ini.

Program itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya wanita warga emas, mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga kesejahteraan diri dalam meniti usia emas.

Penganjuran program berkenaan turut mendapat kerjasama Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) PUO, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan syarikat farmasi BREGO.

Kerjasama strategik itu mencerminkan komitmen bersama pelbagai pihak dalam memperkukuh pendidikan kesihatan, perkongsian ilmu dan penyediaan perkhidmatan saringan kesihatan kepada golongan warga emas, khususnya wanita.

Program ‘Meniti Usia Emas‘ perkasa kesedaran penuaan sihat dalam kalangan wanita
Antara pengisian ceramah yang diadakan pada Program Meniti Usia Emas: Penuaan Sihat, Hidup Berkualiti yang diadakan di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini, baru-baru ini. Foto Wanita IKRAM Perak

Program berkenaan turut dihadiri Pengarah PUO, Dr Salmi Che Meh serta Datin Rokiah Ahmad dan Datin Fatimah Mohd Yazid yang mewakili Yang Dipertua BAIDURI.

Pengisian program menampilkan dua pakar perubatan dari HRPB, iaitu Dr Nor Azlina Abu Bakar, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Geriatrik, serta Dr Noraini Mat Husin, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Rheumatologi.

Kedua-dua penceramah berkongsi maklumat dan pengetahuan berkaitan penjagaan kesihatan, penyakit yang lazim dikaitkan dengan peningkatan usia serta amalan yang boleh membantu warga emas menjalani kehidupan lebih sihat dan sejahtera.

Selain sesi ceramah kesihatan, peserta turut berpeluang menjalani saringan kesihatan serta mengikuti aktiviti senaman ringan yang dikendalikan Unit Fisioterapi HRPB.

Program itu berjaya menarik penyertaan seramai 160 peserta terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum yang secara tidak langsung menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai penuaan sihat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak perkukuh usaha pastikan warga emas kekal sihat, aktif, berdikari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI