IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan bantuan berjumlah RM16.1 juta bagi menyantuni anak-anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Inisiatif itu adalah antara usaha kerajaan negeri di bawah Titik Sentuhan Ketiga: Membuka Jalan Pendidikan Anak Perak, menerusi Sentuhan Perak Sejahtera bagi memastikan setiap anak negeri mendapat peluang pendidikan yang lebih baik tanpa dibebani kekangan kewangan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebanyak RM6.5 juta disediakan bagi Insentif Siswa Dalam Negara dan RM400,000 untuk Insentif Siswa Luar Negara. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





