IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan inisiatif baharu Anugerah Mengerjakan Haji khusus kepada imam, bilal, siak serta Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk yang memenuhi syarat kelayakan sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif berkenaan disediakan dengan peruntukan sebanyak RM474,600 menerusi Titik Sentuhan Kelima: Menghargai Jasa dan Pengorbanan. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





