Muka sauk tersumbat punca gangguan bekalan air tiga mukim di Hilir Perak

IPOH – Masalah gangguan bekalan air yang berulang di Mukim Changkat Jong, Sungai Manik serta Labu Kubong di Daerah Hilir Perak disebabkaan muka sauk (intake) LRA Bukit Temoh yang kerap tersumbat.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hujan berterusan menyebabkan paras sungai meningkat secara mendadak serta aliran air menjadi deras.

Menurut beliau, keadaan tersebut mengakibatkan kemasukan air mentah ke loji berkurangan kerana muka sauk tersumbat oleh sampah sarap semula jadi seperti kayu dan daun-daun yang dibawa oleh arus sungai.

“Situasi ini menjejaskan proses pengambilan air mentah ke loji dan seterusnya menyebabkan pengeluaran air terawat berkurangan, namun LAP sedang dalam proses menaiktaraf mukasauk atau intake bagi mengatasi masalah tersebut.

“Lembaga Air Perak juga akan berusaha meningkatkan kapasiti tangka simpanan air di kawasan berkenaan yang boleh membekalkan air untuk tempoh sehari sekiranya berlaku muka sauk sumbat yang menggangu operasi Loji Rawatan Air Bukit Temoh,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika menjawab soalan lisan Datuk Zainol Fadzi Paharudin (PN – Sungai Manik) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Nizar berkata, berdasarkan rekod LAP, sebanyak 37 aduan gangguan bekalan air dan tekanan air rendah diterima membabitkan tiga mukim berkenaan sepanjang 2025, manakala 29 aduan direkodkan sehingga September tahun ini.

“Mukim Labu Kubong mencatatkan jumlah aduan tertinggi iaitu 29 pada 2025, diikuti Changkat Jong sebanyak enam aduan dan Sungai Manik sebanyak dua aduan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 NOVEMBER 2026.

“Bagi tempoh sehingga September 2026 pula, Labu Kubong merekodkan 13 aduan, manakala Changkat Jong sebanyak 10 aduan dan Sungai Manik enam aduan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, LAP turut melaksanakan program penggantian paip asbestos simen secara berperingkat bagi mengatasi masalah paip lama yang memerlukan penambahbaikan di kawasan berkenaan.

“Pada 2025 kerja penggantian paip asbestos simen kepada paip jenis UPVC serta peningkatan saiz daripada 100 milimeter kepada 155 milimeter PN 12 dilaksanakan di Parit 2B Sungai Manik, Parit 12 Kunci Air 4 Labu Kubong dan Kampung Sungai Tukang Sidin, Sungai Manik.

“Bagi 2026 projek sama dilaksanakan di Parit 4B Sungai Manik serta Lorong SMITA, Kampung Pengkalan Ara, Chenderong Balai, manakala LAP merancang meneruskan penggantian paip di Parit 5B dan Parit 4A Sungai Manik pada 2027,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui LAP akan terus memastikan penambahbaikan infrastruktur bekalan air dilaksanakan mengikut perancangan dan keutamaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memastikan penduduk di kawasan terlibat menikmati bekalan air yang stabil, bersih dan berterusan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI