Operasi semula penerbangan Ipoh-Langkawi terletak pada syarikat

IPOH – Keputusan pengoperasian semula laluan penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang digantung, terletak kepada budi bicara syarika terlibat.

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, ini kerana pelbagai proses yang agak rumit perlu dilalui terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan ke atas laluan penerbangan itu dapat dibuat.

penerbangan ipoh langkawi perak LTSAS ipoh exco perak penerbangan ipoh langkawi perak LTSAS ipoh exco perak
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee memberikan anak patung kopita maskot bagi pelancongan baharu Perak kepada pelancong dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bersempena Tahun Melawat Perak 2024, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JANUARI 2024.

“Kita perlu merujuk kepada syarikat penerbangan kerana ia membabitkan banyak faktor termasuk dalam soal stok kapal terbang yang ada, masa, laluan yang dipilih dan sebagainya.

“Oleh itu,kita perlu merujuk kepada syarikat terbabit terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 300 penumpang penerbangan Singapura ke Ipoh sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 di LTSAS sini, pada Isnin.

penerbangan ipoh langkawi perak LTSAS ipoh exco perak
Penerbangan Flyscoot dari Singapura ke Ipoh disambut dengan pancutan air di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bersempena Tahun Melawat Perak 2024, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JANUARI 2024.

Pada September lalu, Sze Yee dilaporkan berkata laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, sebaliknya ia hanya digantung untuk sementara waktu.

Katanya, beliau akan merujuk isu berhubung perkara itu kepada syarikat penerbangan AirAsia dan pihak Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi mendapatkan penjelasan tepat.

Dalam perkembangan sama, Sze Yee memaklumkan kerajaan negeri masih menunggu keputusan daripada Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan menjadikan LTSAS sebagai hab penerbangan serantau.

penerbangan ipoh langkawi perak LTSAS ipoh exco perak penerbangan ipoh langkawi perak LTSAS ipoh exco perak
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee memberikan anak patung kopita maskot bagi pelancongan baharu Perak kepada pelancong dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bersempena Tahun Melawat Perak 2024, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JANUARI 2024.

“Kerajaan negeri telah memberi cadangan bahawa LTSAS mampu membantu menyelesaikan masalah lapangan terbang lain yang melebihi kapasiti.

“Dan misalnya lapangan terbang berhampiran (di negeri jiran) boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada penerbangan lain antaranya ke Amerika Syarikat, Timur Tengah atau Eropah,” ujar beliau.

November lalu, beliau dilaporkan berkata Perak bercadang menjadikan LTSAS sebagai hab penerbangan serantau kerana landasan lapangan terbang tersebut hanya sesuai untuk pesawat jenis Airbus 320 yang mana penerbangannya hanya mengambil masa antara tiga ke lima jam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak berhasrat jadikan LTSAS sebagai lapangan terbang serantau

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI