IPOH – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Perak telah berjaya menyelesaikan 97 peratus atau 2,280 daripada 2,356 aduan yang diterima sejak ia diperkenalkan Februari 2022.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk terus menjadikan pendekatan turun padang sebagai salah satu tunjang pentadbiran kerajaan.
Menurutnya, untuk memantapkan pelaksanaan HPB, kerajaan negeri disusun secara penggiliran melibatkan semua daerah selain lokasi utama di Stadium Indera Mulia.
“Bagi penganjuran HBP 2024/Siri 1 ini, ia membabitkan 69 kaunter khidmat pelanggan, enam kaunter bergerak, 26 reruai pameran serta reruai jualan murah daripada Yayasan Bina Upaya dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
“Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pemilik tanah di bahawa tiada lagi bil cukai tanah dikeluarkan mulai 1 Januari 2024.
“Oleh itu, saya menyeru semua pemilik tanah untuk mendaftar sistem e-Tanah bagi mendapatkan status bayaran cukai dan menunaikan bayaran cukai. Bayaran juga masih boleh dibuat melalui kaunter pejabat tanah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1/2024 di Stadium Indera Mulia, di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Saarani berkata, banyak negeri sudah tidak mengeluarkan bil cukai tanah seperti Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Perlis dan Kedah. Malah, Melaka dan Negeri Sembilan juga tidak lagi menghantar bil cukai tanah mulai tahun 2024.
“Pentadbiran kerajaan negeri menggalakkan pemilik tanah untuk mendaftar portal awam e-Tanah dan bil cukai tanah sebenarnya boleh dicetak sendiri oleh pemilik tanah melalui portal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Tuntutan peneroka haram RM100,000 setiap seekar tanah tidak adil -MB Perak
[…] 97 peratus aduan selesai melalui Hari Bertemu Pelanggan […]