MGPerak: Buat Onar Sejak Disember ‘Aga Legap’ Akhirnya Berjaya Ditangkap

287

Seekor gajah jantan liar seberat 1.8 tan yang berkeliaran di kawasan kebun dan penempatan masyarakat Orang Asli di RPS Legap dekat sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah yang diberi nama ‘Aga Legap’ itu ditangkap pada Khamis lalu selepas didapati menimbulkan kegusaran penduduk sejak sebulan lalu.

Katanya, mamalia dianggarkan berusia 11 ke 12 tahun itu akan dipindahkan ke habitat asal di Hutan Simpan Belum susulan operasi pemindahan gajah itu pagi tadi.

Menurut beliau, dua ekor gajah denak iaitu bernama Rambai dan Abot dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang turut digunakan dalam operasi terbabit.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini