UPSI bentuk pasukan petugas bangunkan pendidikan AI

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melangkah setapak dalam membentuk satu ‘task force’ atau pasukan petugas bagi membangunkan teknologi kecerdasan buatan atau AI terhadap dunia pendidikan tempatan.

Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Abdul Rahim Razalli berkata, ini kerana AI dilihat mampu mewujudkan bilik darjah yang lebih pintar serta meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk pelajar dan pendidik.

Katanya, perkembangan teknologi berkenaan berpotensi untuk mengubah pendidikan dengan meningkatkan hasil pembelajaran pelajar, amalan pengajaran dan mengoptimumkan proses sektor tersebut.

Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Abdul Rahim Razalli. foto ihsan UPSI

“Pasukan petugas UPSI yang dibentuk itu mengenal pasti beberapa elemen yang bersesuaian untuk membangunkan pendidikan AI di peringkat persekolahan rendah dan menengah di samping pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan khas.

“Setakat ini, antara elemen yang telah dikenal pasti adalah berkaitan kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Beberapa mata pelajaran juga telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai projek rintis kepada pembangunan Pendidikan AI negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, usaha itu selari dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Wacana Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi 2024, di Ibu Negara baru-baru ini.

Abdul Rahim berkata, UPSI bersedia untuk mengambil tanggungjawab dalam merealisasikan teknologi AI terhadap sistem pendidikan negara sama ada di peringkat rendah mahupun menengah.

“AI adalah teknologi yang berkembang pesat yang melibatkan penciptaan mesin pintar yang boleh melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

“Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi melalui sokongan guru dalam memberikan maklum balas individu, serta membolehkan penilaian yang bersesuaian dengan tahap dan potensi pelajar,” katanya lagi -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

RM25 juta untuk tambah baik, kapasiti penginapan pelajar UPSI – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI