Pakej Rail Tourism produk baharu TMP2024

TAIPING – Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak dengan Kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan produk terbaharu pakej Rail Tourism sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pembangunan pakej baharu ini berperanan bagi mempelbagaikan lagi produk-produk pelancongan sedia ada di Perak.

Menurutnya, pakej ini berperanan sebagai mod alternatif bagi menarik pelancong untuk meneroka Perak dengan menaiki kereta api.

“Inisiatif ini amat berpotensi dan sesuai dilaksanakan atas faktor bahawa sebahagian besar jajaran perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB yang terletak dan merentas semua daerah di Perak.

“Bengkel bagi pembentukan pakej ini  mula dirangka dan dilaksanakan sejak April dan Mei tahun lalu melibatkan Tourism Perak, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi pelancongan dan penggiat industri pelancongan.

TMP2024: Perak perkenal produk baharu Pakej Rail Tourism
KTM Komuter mengambil penumpang di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JANUARI 2024.

“TMP 2024 akan menjadi gerak kerja serta fokus kepada kerajaan negeri bagi menjadi batu loncatan kepada pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia.

“Kerajaan negeri yakin dan percaya bahawa Perak menjadi destinasi pilihan yang utama pelancong yang menawarkan ekopelancongan, kebudayaan, warisan, dan gastronomi yang mempunyai keunikan tersendiri berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Rail Tourism di Laman Budaya, Galeri Perbandaran Taiping, pada Jumaat.

Hadir sama, Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir.

Dalam pada itu, Sze Yee berkata, walaupun pada asasnya pelaksanaan TMP 2024 berkongsi dengan tiga negeri lain iaitu Melaka, Kelantan dan Perlis, namun Perak tidak melihat negeri-negeri ini sebagai pesaing.

“Sebaliknya, kita berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan tiga negeri ini bagi merancakkan lagi industri pelancongan serta meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri masing-masing,” ujarnya.

TMP2024: Perak perkenal produk baharu Pakej Rail Tourism
KTM Komuter mengambil penumpang di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JANUARI 2024.
TMP2024: Perak perkenal produk baharu Pakej Rail Tourism
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee melawat keretapi Telok Chempedak 22125 selepas melancarkan Pakej Rail Tourism di Laman Budaya Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JANUARI 2024.

Sementara itu, Mohd Zain berkata pihaknya menawarkan diskaun 15 peratus bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ETS melalui pembelian Pakej Perak Rail Tourism.

Katanya, pemilihan syarikat itu dibuat berdasarkan rekod prestasi serta kepakaran dalam bidang pelancongan.

“Sehubungan itu, kita berharap syarikat yang terpilih dapat merancang pakej pelancongan dalam mempromosi perkhidmatan rel ini dengan menawarkan pelbagai jenis aktiviti pelancongan seperti ekopelancongan kembara serta budaya dan jejak warisan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Perak belanja RM20 juta selenggara jalan, cerun Bukit Larut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI