Perak belanja RM20 juta selenggara jalan, cerun Bukit Larut

TAIPING – Kerajaan Negeri Perak sudah membelanjakan sekitar RM20 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan serta cerun bukit di pusat peranginan Bukit Larut, di sini sejak 2020.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, setakat ini kawasan pelancongan itu masih ditutup untuk laluan kenderaan dan sewaan banglo kepada orang awam.

Bagaimanapun, beliau berkata, aktiviti mendaki (hiking), berjalan kaki dan berjoging, masih dibenarkan tetapi pengunjung yang memasuki kawasan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap risiko diri sendiri.

“Masalah yang berlaku di Bukit Larut adalah setiap kali kerja-kerja pembaikan siap di satu kawasan, ada pula kawasan lain di mana lerengnya akan runtuh.

“Jadi kita perlu menjaga juga keselamatan. Kalau kita benarkan mereka (pengunjung) naik atas berjalan kaki, boleh kita tidak menghalang tapi itu atas tanggungan risiko sendiri.

“Tetapi untuk kenderaan yang naik (ke atas Bukit Larut) memang tidak disyorkan kerana dengan  penggunaan jalan yang minima pun boleh berlaku runtuhan cerun.

“Sekiranya kita naik dan turun bukit dengan jip atau kenderaan lain mungkin akan berlaku lebih banyak runtuhan yang berisiko sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya.

Perak belanja RM20 juta selenggara jalan, cerun Bukit Larut
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee ketika sidang media pada Program Pelancaran Pakej Rail Tourism di Laman Budaya Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JANUARI 2024.

Beliau berkata, demikian selepas merasmikan Pakej Rail Tourism di Laman Budaya, Galeri Perbandaran Taiping, pada Jumaat.

Hadir sama, Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir.

Bukit Larut ditutup kepada orang awam selepas mengalami beberapa siri kejadian cerun atau tanah runtuh sejak November 2019. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping disambut 20 Januari depan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI