77 peratus aduan selesai pada Hari Bertemu Pelanggan Siri 1

BAGAN SERAI – Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Perak meneruskan tradisi turun padang bagi menyelami permasalahan dan menyantuni masyarakat setempat sejak ia dilaksanakan pada 2022.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pada tahun ini, Kerian yang menjadi daerah pertama penganjuran HBP di luar Ipoh menerima sebanyak 125 aduan sepanjang program berlangsung.

Menurutnya, penganjuran HBP 2024 Siri 2 turut melibatkan 69 kaunter khidmat pelanggan, lima kaunter bergerak dan 12 reruai pameran.

“Pada HBP Siri 1 yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh bulan lalu, sebanyak 226 aduan diterima dan 173 aduan melibatkan 77 peratus berjaya diselesaikan.

“Manakala, baki 53 aduan iaitu 23 peratus lagi masih dalam tindakan dan merupakan aduan-aduan kompleks yang melibatkan tanah dan urusan peruntukan yang memerlukan perhatian banyak pihak,” katanya.

77 peratus aduan selesai pada Hari Bertemu Pelanggan Siri 1
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2024 di Dewan Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selesai menyantuni permasalahan dan aduan rakyat menerusi Program Mesra HBP Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 2 yang diadakan di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Saarani berkata, program kali ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Persekutuan.

“Sempena Jelajah MyPesara Peringkat Negeri Perak, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) turut membuka kauntar perkhidmatan MyPesara di lokasi tersebut.

“Mereka menawarkan perkhidmatan pertukaran kad pesara dan khidmat nasihat berkenaan persaraan termasuk perkembangan hal ehwal pencen yang terkini.

“Selain itum Jabatan Perangkaan Malaysia juga membuka kaunter perkhidmatan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membantu pengunjung untuk mendaftarkan maklumat mereka,” jelasnya.

77 peratus aduan selesai pada Hari Bertemu Pelanggan Siri 1
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan Insentif Kecemerlangan Rakyat kepada Pasukan Sepak Takraw, Perak Bison pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2024 di Dewan Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 FEBRUARI 2024.

Sementara itu, pada program tersebut beliau turut menyampaikan insentif kemenangan sebanyak RM100,000 kepada pasukan sepak takraw negeri iaitu Perak Bison melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) atas kejayaang menjuarai Liga Sepak Takraw 2022/2023 serta Piala Tun Ali 2023.

“Kita juga menyerahkan peralatan asas kepada Pusat Latihan Daerah (PLD) Kerian bagi sukan olahraga, pentanque, hoki dan memanah,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

97 peratus aduan selesai melalui Hari Bertemu Pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI