Polis buka kertas siasatan dakwaan pempengaruh dipukul polis dalam tahanan

IPOH – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung seorang pempengaruh media sosial yang mendakwa dipukul dan dicederakan polis ketika dalam tahanan pada 9 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pempengaruh yang dikenali sebagai M Vikram Naidu membuat laporan polis pada hari yang sama ketika kejadian berlaku.

“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan berhubung  dakwaan penama tersebut dan penama telah dibawa ke hospital untuk menjalankan pemeriksaaan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal yang dijalanka, pihak polis mengesahkan bahawa pempengaruh tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 9 Januari lalu.

“Tangkapan itu dibuat atas laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa diugut oleh enam lelaki yang turut meminta wang perlindungan sekiranya tidak mahu disusahkan.

“Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka dan penama telah dituduh di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh pada 15 Januari lalu. Penama tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah,” jelasnya.

Justeru, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang penyebaran tuduhan terhadap polis, serta melaporkan sebarang kegiatan jenayah mengikut saluran yang sepatutnya bagi diambil tindakan.

“Ia dibimbangi kegiatan yang membelakangkan undang-undang ini sebenarnya hanya sebagai helah untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi kepentingan tertentu,” ujarnya.

Terdahulu, polis telah mengesan satu video tular di media sosial oleh salah seorang pempengaruh yang mendakwa dipukul sehingga menyebabkan kecederaan ketika dalam tahanan polis.

Menerusi video itu turut mendakwa pihak polis seolah-olah memberi perlindungan kepada operasi kedai nombor ekor haram dan orang yang menjadi pemberi maklumat dengan membongkarkan jenayah tersebut dipukul dan dihadapkan di mahkamah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Isu tular: Polis sahkan kenderaan milik menteri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI