Ahli keluarga kakitangan kedutaan selamat tiba dari Lubnan

KUALA LUMPUR – Wisma Putra memaklumkan ahli-ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan selamat tiba di tanah air semalam.

Dalam hantaran Facebook hari ini, Wisma Putra memberitahu, mereka dibawa pulang berikutan situasi yang semakin tegang setelah Israel melancarkan serangan ke atas selatan Lubnan baru-baru ini.

Usaha itu dilakukan sebagai langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di kawasan konflik Palestin-Israel.

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut masih beroperasi seperti biasa bagi mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu.

Selain itu, seramai 854 pegawai dan anggota tentera di bawah Batalion Malaysia (Malbatt) berada di negara tersebut bersama misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Situasi di Lebanon semakin tegang dengan menyaksikan tentera rejim Zionis dan pejuang Hezbollah berbalas serangan di kawasan sempadan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI