Air Sungai Perak bertukar biru: Perak tunggu laporan JMG, JAS sahkan punca

IPOH – Perak menunggu laporan kajian daripada jabatan berkaitan sebelum mengesahkan punca kejadian air Sungai Perak di Kampung Bukit Amarikan, Gerik yang bertukar warna kebiruan sejak Jumaat lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia susulan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang menjalankan siasatan lanjut bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di lokasi berkenaan pada Sabtu.

Katanya, badan tersebut mempunyai bidang kuasa serta kepakaran teknikal bagi menentukan kandungan air berkenaan selepas sampel air telah diambil untuk kajian makmal.

“Saya pun sudah menghubungi pegawai daerah dan juga JMG kerana perkara ini di bawah JMG. Hanya JMG sahaja yang berautoriti untuk memberikan maklumat lanjut berkaitan kandungan air itu.

“JMG juga sudah turun bersama JAS untuk membuat kajian dan mengambil sampel air di sungai berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Astana Chemor Fasa 1 serta Pelancaran Astana Chemor Fasa 2, di sini, pada Ahad.

Air Sungai Perak bertukar biru Keyphrase synonyms Sungai Perak bertukar warna kebiruan Fenomena air biru Sungai Perak Air sungai Gerik bertukar biru Sungai Perak warna biru Punca air Sungai Perak bertukar biru Related keyphrase (5 cadangan) Kampung Bukit Amarikan Gerik JMG siasat air Sungai Perak JAS kaji punca pencemaran sungai Fenomena sungai bertukar warna Kandungan mineral Sungai Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Majlis Perasmian Projek Perumahan Perakku Astana Chemor di Astana Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 12 JULAI 2026.

Mengulas lanjut Saarani berkata, kejadian air sungai di daerah berkenaan yang didakwa bertukar warna kebiruan juga pernah direkodkan sebelum ini, termasuk pada sekitar tahun 2019 dan 2025.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan kandungan mineral yang tinggi di kawasan Hulu Perak, walau bagaimanapun ia masih memerlukan pengesahan teknikal daripada JAS dan JMG.

“Ada yang mengaitkan fenomena ini dengan kandungan mineral di kawasan hulu sungai, tetapi saya tidak boleh mengulas perkara teknikal itu. Kita tunggu laporan JMG dan JAS.

“Kejadian sama pernah berlaku pada 2025 dan selepas beberapa ketika, warna air kembali normal. Kali ini ia bertukar biru semula, oleh itu siasatan akan dijalankan semula untuk menentukan puncanya,” katanya lagi.

Sebuah akhbar pada Sabtu melaporkan aliran air Sungai Perak di Kampung Bukit Amarikan bertukar kebiruan, sekali gus mengulangi kejadian tular membabitkan aliran air sungai sama di Jambatan Kampung Sungai Papan, Gerik pada Oktober 2025.

Susulan kejadian itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilaporkan mengesahkan kejadian itu dipengaruhi kehadiran logam berat atau bahan kimia tertentu yang mungkin berpunca daripada aktiviti perlombongan.

Kerajaan negeri kemudian mengarahkan tiga syarikat perlombongan di daerah Hulu Perak menghentikan sementara operasi sementara untuk siasatan lanjut sebelum dibenarkan beroperasi semula pada 13 Januari lalu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warna biru Sungai Perak kekal tanda tanya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI