Akibat tuntut fasakh, wanita maut ditikam suami

BATU GAJAH – Seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah bilik hotel di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, mangsa berusia 32 tahun itu ditemui dengan kesan tikaman pisau.

Menurutnya, suami mangsa yang berusia 36 tahun bertindak menyerah diri ke Balai Polis Batu Gajah dan memaklumkan telah membunuh isterinya di bilik hotel berkenaan sekitar jam 2 petang.

“Hasil siasatan telah menemui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

“Suspek telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, semakan mendapati, suspek dan mangsa hadir ke hotel itu secara berasingan, namun menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat akan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden VK Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki serah diri selepas bunuh isteri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI