Anak warga emas tinggal dirumah penuh najis, sampah diberi rawatan

KUALA KANGSAR – Anak lelaki warga emas Miram Kadir, 77, yang tinggal di kediaman dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Flat Taman Silibin, Ipoh, telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan bagi menerima rawatan lanjut.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, Erwan Dahari, 46, sebelum itu telah dihantar ke Klinik Kesihatan Jelapang.

“Untuk kes ini kita telah membawa anak beliau Iwan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Jelapang dan kemudiannya dia dibuat rujukan ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan bagi melihat tahap kesihatan beliau.

“Sementara dia menerima rawatan kita telah mendapatkan bantuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membersihkan kediaman dua beranak berkenaan,” katanya.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed pada sidang media Jelajah Hari Usahawan Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 4 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Hari Usahawan Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 Daerah Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, pada Ahad.

Ditanya mengenai perkembangan terkini Miram, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor itu berkata, wanita warga emas berkenaan berada di dalam jagaan yang baik dengan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Media sebelum ini melaporkan kedaifan kehidupan dua beranak itu apabila tinggal dalam persekitaran kediaman yang dipenuhi sampah sarap, termasuk takungan najis.

Selain tidur tanpa beralaskan tilam, bantal dan bantal, keadaan rumah itu juga dilaporkan uzur apabila tampias air hujan sering memasuki rumah selain tandas yang tersumbat.

Rentetan itu, Kerajaan Negeri Perak menyalurkan pelbagai bantuan melalui JKM termasuk bantuan bulanan berjumlah RM900, Bantuan Am Negeri (BA) RM400 dan Bantuan Warga Emas (BWE) RM500. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tinggal rumah dipenuhi sampah, najis: Dua beranak ditempatkan di institusi JKM

MGPerak: ‘Saya Syukur Dua Beranak Itu Diselamatkan’ – Jiran

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI