Anak yatim piatu tekad mahu jadi pakar jantung

MENERIMA ujian kehilangan ibu bapa pada usia remaja tidak pernah memudarkan obor impian Muhamad Assuwad Mohamad Yusof, 26, untuk mencapai cita-cita sebagai seorang doktor pakar jantung.

Dia yang berasal dari Kampung Jong, Gerik menerima takdir Illahi apabila menjalani kehidupan sebatang kara ketika usia mencecah 17 tahun, sebelum dijaga oleh keluarga angkat yang menetap di Kedah.

Muhamad Assuwad berkata, keluarga angkatnya telah mendorong dia untuk belajar dalam bidang perubatan selepas tamat pengajian Diploma Seni Kulinari di Kolej Vokasional Gerik.

“Saya kehilangan ibu bapa akibat uzur dan mengalami strok. Kemudian keluarga angkat beri dorongan kepada saya untuk menceburi bidang perubatan, dan ia bermula dengan saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian.

“Dan saya kini merupakan pelajar tahun pertama ijazah sarjana muda dalam Teknologi Kardiovaskular di Management and Science University (MSU),” katanya.

Anak yatim piatu jadi pakar jantung Muhamad Assuwad Mohamad Yusof pelajar asnaf Perak MAIPk bantuan pendidikan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kisah inspirasi SPM cita-cita pakar jantung pelajar USIM Syariah MAIPk Dermasiswa Profesional
Pelajar cemerlang, Muhamad Assuwad Mohamad Yusof ,26, pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk Tahun 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk di Hotel Casuarina@Meru Raya dekat sini, pada Jumaat.

Pada majlis Ketua Pegawai Kewangan MAIPk, Mohd Said Mohd Rais menyampaikan sumbangan hadiah hadiah komputer riba kepada 76 pelajar tajaan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal yang memperoleh keputusan 8A hingga 12A dalam SPM 2024.

Anak yatim piatu jadi pakar jantung Muhamad Assuwad Mohamad Yusof pelajar asnaf Perak MAIPk bantuan pendidikan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kisah inspirasi SPM cita-cita pakar jantung pelajar USIM Syariah MAIPk Dermasiswa Profesional
Ketua Pegawai Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Said Mohd Rais bergambar bersama pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk Tahun 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

Muhamad Assuwad merupakan antara penerima elaun sara hidup MAIPk sebanyak RM900 sebulan bagi pembiayaan sara diri, penginapan, dan pengajian sehingga tamat pengajian.

Mengulas lanjut dia memberitahu, minatnya untuk meneroka bidang kesihatan jantung hadir selepas membaca di dada-dada akhbar tentang laporan kematian secara mengejut akibat sakit jantung di negara ini.

Dia berkata, kesedaran tentang kes serangan jantung akut masih rendah dan masyarakat sering tidak mengetahui gejala awal yang wajar diberi perhatian.

“Saya hendak bantu rakyat Malaysia dalam mengurangkan risiko sakit jantung serta membantu merawat mereka yang menghidap penyakit berkenaan.

“Malah saya tidak asing dalam bidang perubatan apabila saya juga terlibat dengan gerak kerja bagi kempen kesedaran masyarakat tentang penyakit kelamin (STD),” katanya lagi.

Menurut Muhamad Assuwad, keyakinan kepada ALLAH menjadi penguat kepadanya untuk terus mengejar cita-citanya agar ia dapat direalisasikan pada suatu hari nanti.

Anak yatim piatu jadi pakar jantung Muhamad Assuwad Mohamad Yusof pelajar asnaf Perak MAIPk bantuan pendidikan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kisah inspirasi SPM cita-cita pakar jantung pelajar USIM Syariah MAIPk Dermasiswa Profesional
Para pelajar cemerlang melihat komputer riba yang diterima mereka pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk Tahun 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

“ALLAH itu Maha Kaya dan kita sebagai hamba harus meyakini bahawa Dia akan membantu kita walau bagaimana keadaan.

“Panduan saya adalah saya sentiasa mendahulukan ALLAH dalam setiap langkah kehidupan saya,” katanya.

Mengulas tentang bantuan yang diterima Muhamad Assuwad berkata, inisiatif yang digerakkan MAIPk dalam membantu kelangsungan golongan asnaf khususnya dalam bidang pendidikan sebagai usaha yang murni.

“Segala inisiatif yang diusahakan MAIPk amat dihargai kerana dengan bantuan yang diterima, ramai anak-anak muda kurang berkemampuan dapat menjejakkan kaki ke menara gading,” jelasnya.

Anak bongsu simpan impian jadi peguam syariah

Jika Muhamad Assuwad berjuang dengan kekuatan diri sendiri, kisah Siti Nurul Saadah Mohd Yusof, 18, pula membawa dimensi lain tentang pengorbanan keluarga dalam memastikan pendidikan terus menjadi keutamaan.

Berasal dari Kuala Kangsar, anak bongsu daripada lapan beradik itu kini mengikuti sedang pengajian Tamhidi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selepas memperoleh keputusan 8A dalam SPM 2024.

Anak yatim piatu jadi pakar jantung Muhamad Assuwad Mohamad Yusof pelajar asnaf Perak MAIPk bantuan pendidikan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kisah inspirasi SPM cita-cita pakar jantung pelajar USIM Syariah MAIPk Dermasiswa Profesional
Pelajar cemerlang, Siti Nurul Saadah Mohd Yusof ,18, pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk Tahun 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

Siti Nurul Saadah berkata, bapanya menghidap penyakit jantung sejak lebih 10 tahun lalu, sementara ibunya pula hanya mengambil upah kecil-kecilan bagi menyara kehidupan seharian.

“Adik beradik saya yang lain turut membantu menyara keluarga seperti abang saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kakak pula seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),” ujarnya.

Tambahnya, minat terhadap bidang perundangan bermula sejak di sekolah menengah, dipupuk guru dan akhirnya mencetuskan minat mendalam terhadap pengajian Syariah.

Malah kata Siti Nurul Saadah, bidang berkenaan dirasakan amat dekat dengan dirinya selepas menjalani ujian personaliti ‘Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)’.

Anak yatim piatu jadi pakar jantung Muhamad Assuwad Mohamad Yusof pelajar asnaf Perak MAIPk bantuan pendidikan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kisah inspirasi SPM cita-cita pakar jantung pelajar USIM Syariah MAIPk Dermasiswa Profesional
Pelajar cemerlang, Siti Nurul Saadah Mohd Yusof ,18, pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk Tahun 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

“Saya ada menjalani ujian personaliti MBTI dan hasilnya saya merupakan seorang yang berpesonaliti sebagai seorang pendebat. Perkara itu menguatkan lagi tekad saya untuk mendalami bidang perundangan Syariah,” katanya.

Siti Nurul Saadah yang menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peguam Syariah itu berkata, keluarga merupakan tunjang utama dan pembakar semangat hidupnya.

“Saya mahu bantu keluarga dan menjadikan impian saya sebagai seorang pengamal undang-undang Syariah sebagai realiti,” ujarnya.

MAIPk bantu asnaf terus melangkah cemerlang

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi Yusoff, berkata pihaknya terus komited memastikan pelajar daripada keluarga asnaf tidak sesekali tercicir daripada memperoleh peluang dalam bidang pendidikan.

Kata beliau, antara inisiatif MAIPK adalah bantuan kewangan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal bernilai RM1,500 setiap tahun kepada lebih 300 orang pelajar terpilih daripada keluarga fakir dan miskin yang berada di Tingkatan Empat dan Lima dalam negeri Perak.

Para pelajar cemerlang menerima komputer riba pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Biasiswa dan Dermasiswa Profesional MAIPk Tahun 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

Tambah beliau, MAIPk turut menaja 26 orang mahasiswa cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Dermasiswa Bidang Profesional Dalam Negara.

Jelas Suhaimi, Tajaan itu meliputi pelbagai bidang seperti sains kesihatan, perubatan, kejururawatan, farmasi, serta sains kejuruteraan dan matematik.

Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi Yusoff. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

“Pada tahun 2025, MAIPk memperuntukkan sebanyak RM1.67 juta merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup sehingga tamat pengajian.

“Kita tak mahu dengar ada anak-anak orang Islam yang tak dapat sambung belajar hanya kerana tak ada sumber kewangan. Ini hasrat MAIPk dalam kita hendak memastikan mereka dapat akses pendidikan sama seperti anak-anak lain,” katanya.

MAIPk merupakan antara agensi penggerak di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu melalui Flagship Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MAIPk salur RM5.5 juta perkasa asnaf melalui keusahawanan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI