Angkara ‘Phone Scam’, peniaga rugi RM124,450 ketika di Hatyai

HUTAN MELINTANG – Seorang ahli peniagaan mengalami kerugian berjumlah RM124,450 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan melalui telefon (phone scam) pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 55 tahun selepas mendakwa ditipu pihak yang menyamar sebagai dirinya memberi arahan untuk mengeluarkan duit syarikat.

Menurut beliau, kerani syarikat lelaki terbabit diarahkan untuk membuat pindahan wang berjumlah RM30,000 daripada akaun syarikat kepada akaun tidak dikenali selepas menerima pesanan ‘Whatsapp’ daripada nombor telefon mangsa, sekitar jam 1.50 petang, pada Rabu.

“Anak mangsa telah meluluskan transaksi pindahan wang tersebut kerana beranggapan bahawa mangsa yang memberikan arahan tersebut.

“Pada 9 Mei lebih kurang jam 1.45 petang, kerani syarikat sekali lagi telah melakukan transaksi pindahan wang berjumlah RM8,000 ke akaun berbeza.

“Pada hari yang sama, sebanyak tiga kali transaksi pindahan wang telah dilakukan oleh kerani pengadu di syarikat mangsa yang berada di Gopeng Perak, berjumlah RM86,450 ke dalam dua akaun berbeza,”katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Yusri memaklumkan, mangsa menyedari nombor telefonnya telah digodam ketika berada di Hatyai, Thailand pada 10 Mei apabila rakannya menghubungi mangsa dan bertanya sama ada dirinya mempunyai masalah kewangan serta meminta untuk meminjam wang.

Tambah beliau, mangsa tidak pernah memberikan sebarang arahan pindahan wang mahupun meminjam wang daripada rakan-rakannya.

“Setelah disemak, mangsa mendapati sebanyak lima kali transaksi pindahan wang daripada akaun syarikatnya ke tiga akaun yang berbeza berjumlah RM124,450.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Angkara ‘Phone Scam’, peniaga rugi RM124,450 ketika di Hatyai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI