Anwar mahu AIM jadi ‘model terbaik’ dunia bantu golongan miskin

IPOH – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dijadikan contoh terbaik di peringkat antarabangsa dalam usaha membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan melalui penyediaan modal perniagaan.

Menurutnya, kejayaan AIM selama hampir empat dekad membuktikan institusi itu bukan sahaja berupaya memperkasa wanita, malah mampu menjadi model kepada negara-negara membangun di seluruh dunia.

Beliau turut memaklumkan bahawa pencapaian AIM yang diasaskan berasaskan model Grameen Bank di Bangladesh jauh lebih baik berbanding institusi tersebut.

“Betul Grameen Bank bagus, tetapi saya kata, kalau banding AIM dari segi jumlah, faedah, itu jauh lebih baik.

“Kita pun kena tengok juga macam mana kita boleh terangkan di peringkat di sini dan juga antarabangsa. Biar negara-negara berkembang ni tengok, modalnya sedikit boleh bagi pulangan yang baik.

“Jadi saya nak AIM jadi contoh dan terkenal bukan saja di Malaysia, tapi seluruh dunia sebagai contoh terbaik membantu rakyat miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, di sini hari ini.

PM mahu AIM jadi model terbaik dunia bantu golongan miskin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Peluncuran Skim Paduri MADANI di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 MEI 2026.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Dalam pada itu, Anwar mahu segala peruntukan yang diberikan kepada AIM dan semua agensi kerajaan benar-benar sampai kepada golongan sasaran, bukannya habis untuk kegunaan pengurusan semata-mata.

“Kalau hendak bantu orang miskin, katakan peruntukan RM100 juta, RM60 juta untuk perbelanjaan pejabat dan pengurusan, sampai (kepada golongan sasaran) hanya RM40 juta.

“Kita kena cari kaedah baharu supaya sekurang-kurangnya RM80 juta pergi kepada rakyat miskin,” jelasnya.

Skim PADURI Madani AIM memperuntukkan dana berjumlah RM230 juta bagi melahirkan 29,000 usahawan wanita baharu dalam kalangan B40 sepertimana yang diumumkan pada Belanjawan 2026. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perbincangan berkenaan UEC sudah puluhan tahun – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI