Anwar tinjau program SARA di Meru Raya

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau pelaksanaan program bantuan subsidi bersasar kepada rakyat iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Pasaraya Mydin Meru Raya, di sini, pada Ahad.

Ahli Parlimen Tambun yang tiba di perkarangan pasar raya itu jam 11.05 pagi diiringi antaranya Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

anwar perdana menteri program SARA meru raya mydin ipoh perak anwar ibrahim anwar perdana menteri program SARA meru raya mydin ipoh perak anwar ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni pengunjung ketika mengadakan tinjauan di pasaraya Mydin Meru Raya dan kaunter bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak bagi semakan penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

Anwar kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit di pasar raya terbabit termasuk melawat ke reruai bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Perak.

Di samping itu, beliau juga menyemak senarai penerima SARA serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pasar raya berkenaan selain beramah mesra dengan beberapa penerima.

Terdahulu, Anwar hadir pada progra, Jualan Termurah Barangan Basah dan Kering yang disempurnakan di Padang Taman Klebang Restu, di sini.

anwar perdana menteri program SARA meru raya mydin ipoh perak anwar ibrahim anwar perdana menteri program SARA meru raya mydin ipoh perak anwar ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni kanak-kanak ketika mengadakan tinjauan di pasaraya Mydin Meru Raya dan kaunter bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak bagi semakan penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

Usai program di Mydin, Anwar bergerak menziarahi kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta yang juga Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad di Taman Chong Kwee, Tanjung Rambutan, yang kematian bapanya pagi Ahad.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kemudian menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MP Bukit Gantang ketuai kluster di bawah NACCOL – Anwar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI