Anwar, Zahid dijangka hadir Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina di Meru Raya, 28 Januari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Pengerusi bagi Pakatan Harapan (PH) dan BN itu masing-masing dijangka berucap pada sesi penggulungan bagi menyempurnakan penutup konvensyen.

Katanya, acara yang julung kali diadakan itu bakal menjadi pentas menghimpun para pemimpin kedua-dua gabungan parti politik itu, sekali gus menjadi platform memperkukuhkan persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Saarani Anwar Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Pakatan Harapan Barisan Nasional PH BN Perak Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Saarani Anwar Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Pakatan Harapan Barisan Nasional PH BN Perak Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Saarani Anwar Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Pakatan Harapan Barisan Nasional PH BN Perak
Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media Konvensyen Perpaduan Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JANUARI 2024.

“Konvensyen tersebut juga menjadi pelantar bagi menyuburkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan parti Kerajaan Perpaduan selain bersepakat mencipta naratif kerjasama yang lebih jitu bagi menghadapi cabaran-cabaran politik semasa

“Usaha ini juga merupakan komitmen seluruh barisan kepimpinan untuk merungkai segala perbezaan yang wujud, agar dapat bekerja sebagai satu pasukan yang kuat demi meneguhkan kestabilan serta kesejahteraan kepada Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media Konvensyen Perpaduan Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri, di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, acara yang mengangkat tema ‘Madani: Mengangkat Agenda Rakyat Perak’ itu akan dimulakan dengan sesi ucapan dasar dan tetapan minda yang akan disampaikan oleh beliau sendiri dan Mujahid.

Ujar beliau, ia kemudian disusuli dengan sesi perbahasan oleh wakil-wakil daripada parti yang berada dalam gabungan PH dan BN.

Kata Saarani, mereka akan mengupas intipati ucapan dasar bagi membolehkan percambahan idea dalam usaha mengukuhkan agenda bersama dalam memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Saarani Anwar Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Pakatan Harapan Barisan Nasional PH BN Perak Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Saarani Anwar Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Pakatan Harapan Barisan Nasional PH BN Perak Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Saarani Anwar Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Pakatan Harapan Barisan Nasional PH BN Perak
Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa ketika sidang media Konvensyen Perpaduan Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JANUARI 2024.

“Sebanyak dua forum utama iaitu ‘Forum Kerajaan Perpaduan – Perspektif Orang Muda’ dan ‘Forum Perpaduan Mengangkat Agenda Perak Sejahtera 2030’ juga akan dijalankan dengan menampilkan ahli panel dari semua parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

Sementara itu, Mujahid berkata, beliau berharap konvensyen yang akan berlangsung itu bakal mencetuskan gerak kerja tersusun hingga ke peringkat akar umbi.

“Selain daripada kita mencari titik keseragaman, lebih pentingnya ia diharap akan mencetuskan usaha kerjasama di peringkat akar umbi. Dan kita mengharapkan ia boleh kekal berterusan momentum antara gabungan PH dan BN itu sampai ke pilihan raya yang akan datang,” ujar beliau. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak bukti BN-PH masih utuh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

  1. Konvesyen Kerajaan Perpaduan sangat sangat di nanti kan oleh Penyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Perak ini. Kerana kami diperingkat bawah ini tiada arah hala tuju untuk menyampaikan rungutan dari penyokong tegar kerajaan sejak mula di tubuhkan setahun yang lepas. Sesetengah tempat dan Kampong tidak mempunyai Ketua2 Kampong dan juga Pengerusi2 Taman di semua Daerah di Perak ini.
    Semua isu rakyat di ajukan kepada Penghulu2.
    Dengan ada nya Konvessyen Kerajaan Perpaduan ini kelak dapat mengiratkan hubungan di antara Peminpin2 di dalam P.H & BN. Bolehlah mengadakan perbincangan untuk mengenalpasti Ketua2 Kaum di Lantik sebagai Pengerusi Ahlijawatan di Peringkat Daerah, Mungkin, Taman2 dan Kampong2. Majlis memperkasakan Ketua2 Kampong dan Ketua2 Masyarakat di ujudkan Kembali, saperti dahulu.
    Salam Perpaduan dan Malaysia Madani.
    Dari: OTAI Reformis Perak.

  2. Konvesyen Kerajaan Perpaduan sangat sangat di nanti kan oleh Penyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Perak ini. Kerana kami diperingkat bawah ini tiada arah hala tuju untuk menyampaikan rungutan dari penyokong tegar kerajaan sejak mula di tubuhkan setahun yang lepas. Sesetengah tempat dan Kampong tidak mempunyai Ketua2 Kampong dan juga Pengerusi2 Taman di semua Daerah di Perak ini.
    Semua isu rakyat di ajukan kepada Penghulu2.
    Dengan ada nya Konvessyen Kerajaan Perpaduan ini kelak dapat mengiratkan hubungan di antara Peminpin2 di dalam P.H & BN. Bolehlah mengadakan perbincangan untuk mengenalpasti Ketua2 Kaum di Lantik sebagai Pengerusi Ahlijawatan di Peringkat Daerah, Mungkin, Taman2 dan Kampong2. Majlis memperkasakan Ketua2 Kampong dan Ketua2 Masyarakat di ujudkan Kembali, saperti dahulu.
    Salam Perpaduan dan Malaysia Madani.
    Dari: OTAI Reformis Perak.
    Saya ingin memohon turut serta didalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak. Pada julung kali ini. Sebagai Permerhati OTAI.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI