APM selamatkan kucing terperangkap di tiang jeti

BAGAN DATUK – Sepasukan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk berjaya menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di tengah tiang jeti Bagan Datuk Waterfront, di sini.

Pegawai APM Daerah Bagan Datuk Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, operasi menyelamat haiwan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.18 petang Isnin lalu.

Menurutnya, seramai lima anggota termasuk seorang pegawai dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tujuh kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor kucing terperangkap di tengah tiang jeti Bagan Datuk Waterfront dan menjalankan operasi menyelamat haiwan tersebut.

“Anggota menggunakan peralatan khas dan berjaya menyelamatkan kucing yang terperangkap itu,” kataya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.29 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

1,000 anggota APM Perak siap siaga hadapi MTL

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI