Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan susu kepada anak lembu pada Karnival Usahawan Tenusu MADANI “Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat” di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak, Larut. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OGOS 2025
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan wanita warga asing dalam Ops Gegar yang dijalankan di 13 rumah urut sekitar Ipoh malam tadi. Serbuan yang dijalankan serentak pada jam 9 malam telah menahan 48 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan empat warga Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OGOS 2025
Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni pada sidang media selepas membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan karikatur yang dimuat naik di Facebook beliau seolah-olah menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2025
Pasukan Briged Artileri Roket Tentera Darat Malaysia melaksanakan latihan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS pada Eksesais LEMBING SAKTI 2025 di Lapang Sasar Tanjung Hantu, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JULAI 2025
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Bazar Buku Perak 2025 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di AEON BiG Falim, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 JULAI 2025
Peniaga kedai runcit, Arokiamary, 70 menonton secara langsung di media sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2025
Pekerja perniagaan kopi tempatan Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd kekal, Tan Pit Tiew, 56, menunjukkan biji kopi tempatan yang menjadi pilihan utama pelanggan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2025
Pemilik gerai Durian Petron Ipoh, Aidilah Mohamed Sudin, 43, menunjukkan durian Udang Merah dan durian kampung kahwin di gerainya di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 JULAI 2025.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan 'hidup UMNO' pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2025.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama barisan exco kerajaan negeri perak menunjukkan buku Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 JUN 2025.