Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya jangan menjadi penyiasat, pendakwa dan penghukum berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut meluangkan masa meninjau penyediaan bubur lambuk di program tersebut.
Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Perak dijangka akan memulangkan semula kertas siasatan kes membabitkan kenderaan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengekori rapat ambulan dalam kecemasan kepada Pegawai Penyiasat hari ini.
Polis masih belum membuat sebarang tangkapan susulan kes nota berbaur ugutan yang ditemukan bertaburan di ruang hadapan rumah ibu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, di Ayer Tawar, Manjung, awal bulan ini.
Seorang operator kilang yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Datuk Ahmad, di sini, seolah-olah seperti sudah tahu ajalnya akan tiba apabila membuat persiapan Aidilfitri lebih awal untuk ahli keluarganya.
Kerajaan Negeri Perak mahu model pembangunan ekonomi di Kampung Orang Asli Lata Kinjang, Chenderiang, dekat sini dapat menjadi contoh kepada perkampungan Orang Asli lain di negeri ini.
Seorang peniaga didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya tiga tahun lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan polemik di sebalik isu arahan pembukaan kantin sekolah seluruh negara sepanjang Ramadan ketika ini telah selesai.