MGPerak: Perak Mahu Model Pembangunan Lata Kinjang Diperluas Ke Semua Kampung Orang Asli

183

Kerajaan Negeri Perak mahu model pembangunan ekonomi di Kampung Orang Asli Lata Kinjang, Chenderiang, dekat sini dapat menjadi contoh kepada perkampungan Orang Asli lain di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan Taman Eko Rimba Lata Kinjang yang diurus melalui entiti Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad (KOALKB) disifatkan telah berjaya membawa keluar masyarakat setempat daripada kelompok garis kemiskinan.

Katanya, lebih 150,000 pelancong dari dalam dan luar negara direkodkan telah berkunjung ke taman eko rimba itu, di samping berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM1.4 juta, dalam tempoh Julai 2021 hingga Januari tahun ini.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini