MGPerak: Sultan Perak Berkenan Rasmi Hospital Parit Buntar

48

PARIT BUNTAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Hospital Parit Buntar di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda pada jam 11 pagi diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut berangkat, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama mengiringi baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubir; barisan Exco Kerajaan Perak; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini